Monday, February 22, 2010

sEjaRaH!!!!!!!!

sejarah? apa itu sejarah??? darimana asalnya sejarah ni??? saya pun tak tahu dari mana asalnya sejarah ni sebenarnya....:p

apa pun, untuk meluaskan pandangan saya dan pandangan anda semua...disini saya selitkan beberapa maksud sejarah daripada tokoh2 sejarah...

  1. Pandangan "Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.
  2. Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau.Manakala Shefer pula berpendapat bahawa Sejarah adalah peristiwa yang telah lepas dan benar-benar berlaku.Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba cuba menggambarkan sejarah sebagai masa lampau manusia dan persekitarannya yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku. Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberikan Sejarah sebagai asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, tawarikh dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku.
  3. menurut saya pula..sejarah merupakan sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada masa lampau berdasarkan bukti-bukti yang sahih.Pengertian Sejarah boleh dilihat dari tiga dimensi iaitu epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu sejarah itu dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu yang dianalisa secara teliti untuk menentukan sama ada ia benar atau tidak.

sekiranya anda ingin menghayati makna-makna sejarah dengan lebih mendalam lagi,sila baca buku-buku yang ditulis oleh tokoh diatas kerana mereka merupakan tokoh sejarah yang terkemuka.....

sampai disini dulu pembukaan tajuk saya pada hari ini..sekiranya ada yang ingin tahu dengan lebih lanjut..sila ajukan soalan ataupun bagi cadangan tajuk berkaitan dengan sejarah..insyallah saya akan menjawab...

1 comment:

  1. salam, yana.
    saya ingin tahu sejarah usmaniah di turki.
    sejauh mana mereka sudah menakluki Eropah di zaman kegemilangannya.
    syukran.

    ReplyDelete