Friday, February 26, 2010

kerajaan Bani Uthmaniah...Turki!!

Rencana....

  • Keluarga osman adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku turki yang dikenali sebagai bangsa turki yang masuk ke asia kecil sejak abad ke 11..bangsa ini merupakan peminpin yang terus menerus berjuang menentang Byzantinesetelah mereka bertolak ke laut Anatolia di abad ke13..pengikutnya dipanggil Ghazi atau lebih dikenali sebagai perajurit yang berjuang memerangi kristian kerana berjihad demi menegakkan agama islam!!, disinilah wujudnya kerajaan bani uthmaniah atau empayar uthmaniah yang menampung kerajaan2 kecil bangsa turki yang lain...

Bentuk pemerintahan dan pentadbiran kerajaan bani utmaniyah serta faktor kejayaannya

  • perlantikan sultan mengikut sistem feudal. Pada awalnya sultan ini terdiri daripada para amir dan menjadi tuan tanah dalam kerajaan Saljuq di Konya. Urkhan seorang daripada amir2 dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Setelah itu Bayazid1 diiktiraf oleh khalifah abbasiyah di kaherah sebagai sultan al-rum pemimpin negara islam. Murad2 menggunakan gelaran sultan al-barrain wa al-bahrain1 yg bermaksud dua benua dan lautan. Murad1 gelar dirinya khalifah Allah dmuka bumi setelah berjaya tawan kota Adrianople
  • sultan tetap kuasa tertinggi dlm sstm pmrnthan Turki Utmaniyah sama ada dalam bidang agama, politik mahupun pentadbiran termasuk soal kewangan. Orang yang kdua terbesar ialah Wazir besar, merupakan ketua pentadbir dan penasihat kepada sultan serta ketua sekalian wazir dan amir.Beliau juga merupakan wakil sultan.Di bawahnya, tediri daripada tiga hakim tentera di beberapa buah negara.
  • Tentera fief ini merupakan tentera asasi kerajaan Uthmaniyah dan senjata yang digunakan ialah tombak, pedang, panah dan perisai. Pakaian mereka baju dan serban serta menunggang kuda dan di bawah beberapa orang ketua. Beylerbey adalah turus tentera sultan yang mempunyai kuasa yg sangat luas, malah tentera mahkota tunduk kepadanya.
  • sistem feudal kemudiannya runtuh apabila empayar turki jadi semakin luas... Sultan terpaksa serahkan kuasa tanah fief kepada beylerbey. Pihak Belerbey salahgunakan kuasa dan memberi tanah kepada mereka yang menyokongnya dan merampas tanah dari orang yang melakukan kesalahan yang kecil. Penyalahgunaan kuasa ini dihapuskan oleh Sulaiman al–qanuni menerusi kanunname. Sistem ini tetap diteruskan dgn beberapa syarat.
  • Terdapat beberapa faktor kejayaan kerajaan ini antaranya ialah wujudnya sistem pemberian tanah kepada tentera yang telah menyebabkan mereka menjadi mewah dan berkedudukan tinggi...
  • 2nd...tidak ada sifat perkauman yang nyata iaitu orang yang berkedudukan tinggi tidak terbatas kepada sesuatu kaum atau keturunan
  • 3rd...Ketiganya pentadbiran yang cekap. Sewaktu Marco Polo ahli pelayaran singgah di Turki pada 1272 M didapati orang Turki masih menjalani kehidupan orang Badwi yang berpindah randah dan menternak binatang berbanding dengan orang Yunani dan Armeni yang sudah hidup maju di kota. Akan tetapi oleh kerana pentadbiran yang buruk oleh tuan-tuan tanah dalam pemeritahan Byzantine yang menyebabkan penduduk desa yunani memihak kepada tentera Turki yang telah masuk ke bandar pada abad ke 14M.
  • ke4....rakyat turki memberi layanan yang baik kepada saudara batu serta memberikan hak kerakyatan kepada mereka...
  • then yang kelima...menggunakan kepakaran dan kebolehan dalam bidang pentadbiran.Terdapat 48 orang wazir besar daripada keturunan turki dan selebihnya adalah daripada keturunan asing.
  • keenam...kedudukan sosial orang Turki yang telah menarik minat penduduk negeri Balkan untuk memeluk agama Islam. Mejoriti kaum bangsawan Albania danBosnia berupaya memelihara kekuasaan mereka ke atas anak-anak buah mereka dengan adanya sistem ala feudal yang diamalkan oleh orang turki.

Kerajaan uthmaniyah merupakan kerajaan cekap dalam memerintah sesebuah negara.kerajaan ini juga mempunyai sistem pentadbiran yang teratur dan telah berjaya menyumbangkan banyak kejayaan sepanjang pemerintahannya.

Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam perjanjian damai karlovitz, Uthmaniah harus mempersetujui penyerahan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Vennice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagia tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam. Namun pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Greece pada tahun 1829 dan pendudukan perancis ke atas Algeria pada tahn 1830. Kerajaan Uthmaniah menjadi "the sick man of Europe" iaitu Orang Eropah yang sakit dan hanya persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya dalam peraang dunia keI di tahun 1912-1919, semua wilayah ini masih tetap berada di bawah Kerajaan Uthmaniah, dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istanbul meluas sampai ke sebelah utara (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki di bawah kekuasaan mustafa kamal atarturk telah menghapuskan nama Kerajaan Uthmaniah pada 1922 dan diganti dengan republik turki. Wilayah-wilayah jajahan di asia dan afrika dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.

----sedikit sebanyak maklumat mengenaii kerajaan bani uthmaniah----

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Boleh tak yana kaitkan sejarah moden Turki dengan dakwah Badi'uzzaman Sa'id Nursi? saya peminat ulamak Turki ini.
    Syukran.

    ReplyDelete
  3. insyaallah..akan di usahakan ya ustaz....

    ReplyDelete