Friday, February 26, 2010

kerajaan Bani Uthmaniah...Turki!!

Rencana....

  • Keluarga osman adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku turki yang dikenali sebagai bangsa turki yang masuk ke asia kecil sejak abad ke 11..bangsa ini merupakan peminpin yang terus menerus berjuang menentang Byzantinesetelah mereka bertolak ke laut Anatolia di abad ke13..pengikutnya dipanggil Ghazi atau lebih dikenali sebagai perajurit yang berjuang memerangi kristian kerana berjihad demi menegakkan agama islam!!, disinilah wujudnya kerajaan bani uthmaniah atau empayar uthmaniah yang menampung kerajaan2 kecil bangsa turki yang lain...

Bentuk pemerintahan dan pentadbiran kerajaan bani utmaniyah serta faktor kejayaannya

  • perlantikan sultan mengikut sistem feudal. Pada awalnya sultan ini terdiri daripada para amir dan menjadi tuan tanah dalam kerajaan Saljuq di Konya. Urkhan seorang daripada amir2 dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Setelah itu Bayazid1 diiktiraf oleh khalifah abbasiyah di kaherah sebagai sultan al-rum pemimpin negara islam. Murad2 menggunakan gelaran sultan al-barrain wa al-bahrain1 yg bermaksud dua benua dan lautan. Murad1 gelar dirinya khalifah Allah dmuka bumi setelah berjaya tawan kota Adrianople
  • sultan tetap kuasa tertinggi dlm sstm pmrnthan Turki Utmaniyah sama ada dalam bidang agama, politik mahupun pentadbiran termasuk soal kewangan. Orang yang kdua terbesar ialah Wazir besar, merupakan ketua pentadbir dan penasihat kepada sultan serta ketua sekalian wazir dan amir.Beliau juga merupakan wakil sultan.Di bawahnya, tediri daripada tiga hakim tentera di beberapa buah negara.
  • Tentera fief ini merupakan tentera asasi kerajaan Uthmaniyah dan senjata yang digunakan ialah tombak, pedang, panah dan perisai. Pakaian mereka baju dan serban serta menunggang kuda dan di bawah beberapa orang ketua. Beylerbey adalah turus tentera sultan yang mempunyai kuasa yg sangat luas, malah tentera mahkota tunduk kepadanya.
  • sistem feudal kemudiannya runtuh apabila empayar turki jadi semakin luas... Sultan terpaksa serahkan kuasa tanah fief kepada beylerbey. Pihak Belerbey salahgunakan kuasa dan memberi tanah kepada mereka yang menyokongnya dan merampas tanah dari orang yang melakukan kesalahan yang kecil. Penyalahgunaan kuasa ini dihapuskan oleh Sulaiman al–qanuni menerusi kanunname. Sistem ini tetap diteruskan dgn beberapa syarat.
  • Terdapat beberapa faktor kejayaan kerajaan ini antaranya ialah wujudnya sistem pemberian tanah kepada tentera yang telah menyebabkan mereka menjadi mewah dan berkedudukan tinggi...
  • 2nd...tidak ada sifat perkauman yang nyata iaitu orang yang berkedudukan tinggi tidak terbatas kepada sesuatu kaum atau keturunan
  • 3rd...Ketiganya pentadbiran yang cekap. Sewaktu Marco Polo ahli pelayaran singgah di Turki pada 1272 M didapati orang Turki masih menjalani kehidupan orang Badwi yang berpindah randah dan menternak binatang berbanding dengan orang Yunani dan Armeni yang sudah hidup maju di kota. Akan tetapi oleh kerana pentadbiran yang buruk oleh tuan-tuan tanah dalam pemeritahan Byzantine yang menyebabkan penduduk desa yunani memihak kepada tentera Turki yang telah masuk ke bandar pada abad ke 14M.
  • ke4....rakyat turki memberi layanan yang baik kepada saudara batu serta memberikan hak kerakyatan kepada mereka...
  • then yang kelima...menggunakan kepakaran dan kebolehan dalam bidang pentadbiran.Terdapat 48 orang wazir besar daripada keturunan turki dan selebihnya adalah daripada keturunan asing.
  • keenam...kedudukan sosial orang Turki yang telah menarik minat penduduk negeri Balkan untuk memeluk agama Islam. Mejoriti kaum bangsawan Albania danBosnia berupaya memelihara kekuasaan mereka ke atas anak-anak buah mereka dengan adanya sistem ala feudal yang diamalkan oleh orang turki.

Kerajaan uthmaniyah merupakan kerajaan cekap dalam memerintah sesebuah negara.kerajaan ini juga mempunyai sistem pentadbiran yang teratur dan telah berjaya menyumbangkan banyak kejayaan sepanjang pemerintahannya.

Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam perjanjian damai karlovitz, Uthmaniah harus mempersetujui penyerahan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Vennice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagia tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam. Namun pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Greece pada tahun 1829 dan pendudukan perancis ke atas Algeria pada tahn 1830. Kerajaan Uthmaniah menjadi "the sick man of Europe" iaitu Orang Eropah yang sakit dan hanya persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya dalam peraang dunia keI di tahun 1912-1919, semua wilayah ini masih tetap berada di bawah Kerajaan Uthmaniah, dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istanbul meluas sampai ke sebelah utara (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki di bawah kekuasaan mustafa kamal atarturk telah menghapuskan nama Kerajaan Uthmaniah pada 1922 dan diganti dengan republik turki. Wilayah-wilayah jajahan di asia dan afrika dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.

----sedikit sebanyak maklumat mengenaii kerajaan bani uthmaniah----

Monday, February 22, 2010

sEjaRaH!!!!!!!!

sejarah? apa itu sejarah??? darimana asalnya sejarah ni??? saya pun tak tahu dari mana asalnya sejarah ni sebenarnya....:p

apa pun, untuk meluaskan pandangan saya dan pandangan anda semua...disini saya selitkan beberapa maksud sejarah daripada tokoh2 sejarah...

  1. Pandangan "Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.
  2. Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau.Manakala Shefer pula berpendapat bahawa Sejarah adalah peristiwa yang telah lepas dan benar-benar berlaku.Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba cuba menggambarkan sejarah sebagai masa lampau manusia dan persekitarannya yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku. Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberikan Sejarah sebagai asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, tawarikh dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku.
  3. menurut saya pula..sejarah merupakan sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada masa lampau berdasarkan bukti-bukti yang sahih.Pengertian Sejarah boleh dilihat dari tiga dimensi iaitu epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu sejarah itu dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu yang dianalisa secara teliti untuk menentukan sama ada ia benar atau tidak.

sekiranya anda ingin menghayati makna-makna sejarah dengan lebih mendalam lagi,sila baca buku-buku yang ditulis oleh tokoh diatas kerana mereka merupakan tokoh sejarah yang terkemuka.....

sampai disini dulu pembukaan tajuk saya pada hari ini..sekiranya ada yang ingin tahu dengan lebih lanjut..sila ajukan soalan ataupun bagi cadangan tajuk berkaitan dengan sejarah..insyallah saya akan menjawab...

Monday, February 15, 2010

jom jalan2...

ni nak promote negeri sendiri hehe..jom kenali sarawak...

sarawak??? sarawak merupakan negeri yang terbesar di malaysia...bila sebut je nama sarawak mesti ramai yang pelik....mesti dalam fikiran mereka terbayang orang utan la,orang asli la...yang paling famous sekali mesti ingat orang sarawak ni tinggal kat atas pokok...ingat orang sarawak ni tak maju ke???

dari mana wujudnya nama sarawak ni?nama sarawak berasal daripada sebatang sungai sarawak yang meliputi kawasan disekitar kuching hingga seluruh sarawak...

kewujudan manusia di sarawak ni sekitar 400000 tahun dulu,iaitu sebelum masihi..penemuan seperti tulang manusia,alat perkakas,alat tembikar ,serta lukisan yang diconteng di dinding gua seperti gua niah telah membuktikannya....

saya nak bercerita sikit ni pasal lagenda puteri santubong dan puteri sejinjang ni...




haa...ni la gambar gunung santubong... Mengikut lagenda, Puteri Santubong & Puteri Sejenjang sebenarnya adalah 2 orang puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang putera mereka, selepas ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.

Memandangkan dalam pelarian 9 orang “Putera & Puteri” ini ingin menuju ke Tanah Melayu yang terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah sepakat meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka di satu kawasan dekat dengan Kuching kini, iaitu di Bukit Santubong.

Orang-orang Sarawak (Dayak) yang selalu ke kawasan bukit tersebut merasa hairan dengan kehadiran 2 puteri cantik yang belum pernah ditemui mereka, dan menganggap kedua-dua puteri itu “Turun Dari Kayangan” dan merupakan “Penjaga Gunung Sarawak” (yang muncul dalam lirik lagu Puteri Santubong).

Kedua dua puteri ini pada mulanya hidup aman tetapi lama kelamaan menjadi musuh kerana masing masing mempertahankan kecantikan mereka dan mengaku mereka paling cantik di dunia. Kerana bergaduh, seorang daripada mereka telah berpindah ke sebuah bukit lain diberi nama Bukit Sejenjang.

Perbalahan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya membawa kepada kematian apabila kedua duanya saling berbunuhan antara satu sama lain. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.


gambar gunung santubong yang dikatakan menyerupai wajah wanita...

airport kuching...

ni mercu tanda negeri kuching..hehe

ni betul2 kat bandar raya kuching...saya selalu jalan2 kat sini hehe...

ha..naik sampan ni..dah boleh pi kat kampung saya hehe...

masjid bahagian...
sebelahnya ada kedai makan...leh la datang sambil solat

gua niah...
gua mulu...

Damai Puri Resort & Spa in Kuching, Malaysia

Thursday, February 11, 2010

maulidur rasul.....

Alhamdulillah... berjaya juga akhirnya masuk ke ruangan ini....



bismillahirrahmanirrahim.....



Apa itu maulidur rasul???



~ maulidur Rassul dalam bahasa arab yang membawa maksud kelahiran rasul...


pada hari tersebut merupakan hari bersejarah buat Nabi Muhammad s.a.w,hari tersebut jatuh pada 12 rabiulawal tahun gajah bersamaan 23 april 571.Muhammad s.a.w merupakan putera abdullah dan merupakan Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t


setiap tahun seluruh uumat islam didunia ini akan menyambut majlis bagi memperingati hari kelahiran baginda...


bila kita berniat sahaja untuk menyambut maulud nabi sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan...


Tahu ke remaja pada masa kini akan signifikann mengenai maulud nabi? bila ditanya pada mereka yang bergelar remaja Ber "bin" dan "binti" kan islam ini amatlah sedihh di hati ini bila mereka menjawap hari tersebut merupakan cuti umum...tapi kenapa bila ditanya mengenai valentine @ hari lain mereka boleh mengingati sejarah hari tersebut dengan baik?? sedih di hati ana akan pemikiran masyarakat pada hari ini...ah!!! masyarakat akhir zaman...


Abdullah,Aminah dan halimatusaadiah..kombinasi ketiga3 mereka maka lahirlah seorang yang berbudi pekerti.berhati mulia iaitu Muhammad s.a.w seorang nabi dan juga seorang tokoh yang mempunyai kefahaman yang hakiki iaitu ISLAM.


Muhammad merupakan nabi yang tidak pernah mengenal rasa putus asa didalam hati baginda untuk menyebarkan islam walaupun telah dicerca,dihina oleh kaum kafir...apakah ada manusia mampu menjadi seperti baginda?? baginda telah berusaha menyatukan umat islam diseluruh dunia dengan 1 pegangan agama yang cukup suci...


Rasulullah dalam mengenangmu,
kami susuri lembaran sirahmu,

pahit getir perjuanganmu

membawa cahaya kebenaran,

engkau taburkan pengorbananmu,

untuk umatmu yang tercinta,

biar terpaksa tempuh derita,

cekalnya hatimu menempuh ranjaunya...

tak terjangkau,tinggi pekertimu,

tidak terbalas segala jasamu,

sesungguhnya engkau rasul mulia,

tabahnya hatimu menempuh dugaan,

menjulang panji kemenangan

terukir namamu didalam al-quran,

Rasulullah kami umatmu

walau tak pernah melihat wajahmu,

kami cuba mengingatimu,

dan kami cuba mengamal sunnahmu,

kami sambung perjuanganmu,

walau kita takpernah bersua,

tapi kami tak pernah kecewa,

Allah dan Rasul sebagai pembela..

Lirik lagu rasulullah dari hijjaz..:p


p/s: andai apa yang saya lakarkan tidak sempurna,mohon diperbaiki ya..


syukrran kerana sudi singgah

Wednesday, February 10, 2010

dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim,

nak cakap pasal apa ye?
tak tahu lak nak cakap pasal pe
ni huhu....
nak cari idea ni...

ok...ni kan bulan februari...
apa ye yang ada dalam otak kita bila bulan februari?
ha...tak lain lah tu...mesti ingat valentine's day....
kan2?
ish3 nape la nak ingat hari ni?
kenapa tak ingat hari maulidur Rasul....
nabi junjungan kita???
hehe...

erm...apa ye makna sebenar valentine ni?
yang saya dengar orang kata hari memperingati kekasih....
erm....tak de ari lain ke nak ingat kekasih ni?
hehehe....
tapi kamu semua tahu ke sejarah valentine day ni?
er...saya pun tak berapa tahu pun:p
ok la...saya nak cakap pasal valentine ni...opps b4 tu izinkan saya untuk mengatakan bahawa apa yang saya nak sampaikan ni tak berunsurkan apa2 tau...juz sebagai panduan kita bersama ye?
boleh ke nak cakap ni? kalau boleh saya mula ye.... hehehe
erm...actually valentine day ni ada berkaitan dengan seorang paderi yang bernama st valentine....yang dikatakatan telah di bunuh oleh raja romawi...dia juga dikatakan telah berjaya menumpaskan islam pada zamn tu...ye ke?
kalau betul la....astarghfirullahalazim.....
wat pe la...kita sebagai islam ni nak meraikannya....
pada yang bukan islam tu...takpe la juga kalau nak sambut...dah kepercayaan dorang....
erm...malas la nak cakap valentine....lebih baik cakap pasal cinta...ye la kan valentine day ni dikaitkan dengan cinta....

cinta??? erm...cinta oh cinta...
ada apa dengan cinta tu?
lain orang lain pendapatnya.....
tapi pada saya CINTA ITU BUTA...hehe
tak percaya ke apa yang saya cakap?
x? ish3...betul la cinta ni buta....
tengok la sekarang asal nak bercinta mesti wat blind date...
erm tak ke buta tu? hehe
joking jer....
ok let be more serious...

bagaimana cinta menurut islam???

dalam ni bercinta tu haram??
ye ke haram??
ane da haram...
hehe
tapi ianya boleh jadi haram sekiranya kita langgar perintahNya...
la...kenapa langgar? kan dah xcident tu hehe
cinta ni fitrah....
fitrah semulajadi yang dikurniakan oleh Allah...
tapi bercinta ni ada peraturannya....
jangan la dilanggar,bila langgar kang bertukar menjadi fitnah pula....
kenapa mesti ada peraturan???
jawapannya....
sebab allah mencintai manusia..
allah nakkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia...
hubungan cinta tanpa batasnya akan menyebabkan kemusnahan...
ala...macam tanam juga...takde batas,payah la nak tumbuh kan?
hehe....
cinta terlarang adalah cinta yang dicemari oleh kehendak dan nafsu semata2...
cinta suci mampu tumbuh tanpa dicemari semua tu...
dan ia pasti akan membawa ke gerbang perkahwinanuntuk bercinta dengan berjuta2 keindahan...


letih dah tulis ni....tah ok ke tak ye?
mohon komen ye....
tak pernah lagi menulis dalam seumur hidup ni...
suka baca je...
hope apa yang saya tulis ni ada manfaat ye...
syukran....

Tuesday, February 9, 2010

nothing....

salam ukhwah dari saya,
ni first time create blog sendiri ni....tak tahu nak merapu pasal pe ni....
tak tahu nak merapu pasal pe ni....
hope nanti blog yang dah lahir ni akan m'jadi sebuah blog yang bermanfaat untuk semua ye...
insyaallah...