Monday, February 15, 2010

jom jalan2...

ni nak promote negeri sendiri hehe..jom kenali sarawak...

sarawak??? sarawak merupakan negeri yang terbesar di malaysia...bila sebut je nama sarawak mesti ramai yang pelik....mesti dalam fikiran mereka terbayang orang utan la,orang asli la...yang paling famous sekali mesti ingat orang sarawak ni tinggal kat atas pokok...ingat orang sarawak ni tak maju ke???

dari mana wujudnya nama sarawak ni?nama sarawak berasal daripada sebatang sungai sarawak yang meliputi kawasan disekitar kuching hingga seluruh sarawak...

kewujudan manusia di sarawak ni sekitar 400000 tahun dulu,iaitu sebelum masihi..penemuan seperti tulang manusia,alat perkakas,alat tembikar ,serta lukisan yang diconteng di dinding gua seperti gua niah telah membuktikannya....

saya nak bercerita sikit ni pasal lagenda puteri santubong dan puteri sejinjang ni...




haa...ni la gambar gunung santubong... Mengikut lagenda, Puteri Santubong & Puteri Sejenjang sebenarnya adalah 2 orang puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang putera mereka, selepas ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.

Memandangkan dalam pelarian 9 orang “Putera & Puteri” ini ingin menuju ke Tanah Melayu yang terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah sepakat meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka di satu kawasan dekat dengan Kuching kini, iaitu di Bukit Santubong.

Orang-orang Sarawak (Dayak) yang selalu ke kawasan bukit tersebut merasa hairan dengan kehadiran 2 puteri cantik yang belum pernah ditemui mereka, dan menganggap kedua-dua puteri itu “Turun Dari Kayangan” dan merupakan “Penjaga Gunung Sarawak” (yang muncul dalam lirik lagu Puteri Santubong).

Kedua dua puteri ini pada mulanya hidup aman tetapi lama kelamaan menjadi musuh kerana masing masing mempertahankan kecantikan mereka dan mengaku mereka paling cantik di dunia. Kerana bergaduh, seorang daripada mereka telah berpindah ke sebuah bukit lain diberi nama Bukit Sejenjang.

Perbalahan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya membawa kepada kematian apabila kedua duanya saling berbunuhan antara satu sama lain. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.


gambar gunung santubong yang dikatakan menyerupai wajah wanita...

airport kuching...

ni mercu tanda negeri kuching..hehe

ni betul2 kat bandar raya kuching...saya selalu jalan2 kat sini hehe...

ha..naik sampan ni..dah boleh pi kat kampung saya hehe...

masjid bahagian...
sebelahnya ada kedai makan...leh la datang sambil solat

gua niah...
gua mulu...

Damai Puri Resort & Spa in Kuching, Malaysia

No comments:

Post a Comment