Akibat termakan kurma yang bukan milik sendiri..
Seorang ahli ibadah yg zuhud bernama Ibrahim Ibnu Adham hilang kemustajaban doanya hanya kerana termakan sebiji kurma yang bukan haknya.
Beliau adalah seorang yang sangat teliti menjaga pemakanan. Punca doanya tidak mustajab adalah kerana beliau termakan sebiji kurma yang bukan miliknya. Apabila selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim berniat menziarahi Masjid Al-aqs. Sebagai bekal perjalanan, beliau membeli kurma daripada peniaga tua berhampiran Masjidilharam.
Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebiji kurma tergolek disebeleh alat timbangan. menyangkakan kurma itu miliknya, beliau pun memakannya,
Empat bulan kemudian Ibrahim tiba di Masjidil Al-aqsa, Baitulmuqaddis.Seperti biasa beliau gemar memilih ruangan di bawah kubah sakhtra.
Beliau solat dan berdoa penuh khusyuk. Tiba-tiba beliau mendengar percakapan dua malaikat tentang dirinya. "Itu Ibrahim ibnu adham, ahli ibdah yang zuhud dan warak yang doanya selalu dimakbulan Allah S.W.T", kata malaikat pertama.
" tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak kerana empat bulan yang lalu, dia memakan sebutir kurma yang jatuh daripada meja seorang penjaga tua berhampiran Masjid Al-haram"' balas malaikat kedua.
Ibrahim ibnu adham amat terkejut. Rupanya selama empat bulan ini ibadahnya, solatnya doanya tidak diterima Allah S.W.T gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.
Ibrahim beristighfar, lantas berkemas untuk berangkat ke mekah untuk menemui peniaga tua penjual kurma untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah dimakannya.
Sesampai di Mekah, beliau terus menuju ke tempat peniaga tua tersebut, tetapi beliau tidak menjumpai peniaga tersebut kecuali seorang anak muda, beliau menerangkan kepada anak muda itu dengan meyatakan " 4 bulan lalu, saya membeli kurma disini daripada seorang peniaga tua, ke mana dia sekarang?" tanya ibrahim
"sudah meninggal dunia sebulan yang lalu, sekarang saya meneruskan pekerjaannya berniaga kurma:' jawab anak muda tersebut.
Ibrahim meminta kepada anak muda tersebut supaya dihalalkan kurma tersebut, anak muda tersebut setuju tetapi dia mempunyai saudara yang lain, yang juga akan memberi keputusan bagi pihak mereka, Ibrahim meminta alamat saudaranya dan pergi menemui mereka dengan harapan dihalalkan kurma yang dimakannya selama ini.
4 bulan kemudian ibrahim kembali berada dibawah kubah sakhra. Tiba-tiba dia mendengar dua malaikat yang dahulu itu, sedang bercakap2.
Itulah Ibrahim Ibnu adham yang doanya ditolak gara-gara memakan kurma yang bukan miliknya" kata malaikat yang pertama, "tidak sekarang doanya telah dimakbulkan kerana mendapat restu dari waris penjual tersebut", kata malaikat yang kedua.
Monday, August 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment